AS disaran bertindak sehaluan dengan China
Iklan
BEIJING - Amerika Syarikat (AS) diharap bertindak sehaluan dengan China bagi memastikan perkembangan hubungan dua hala yang sihat serta stabil berdasarkan prinsip hormat-menghormati dan tanpa konfrontasi untuk manfaat bersama.
Harapan itu disuarakan Pengarah Pejabat Suruhanjaya Hal Ehwal Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China, Yang Jiechi ketika perbualan telefon dengan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken pada Sabtu.