KESIHATAN kekayaan sebenar. Itu antara lima perkara boleh diambil iktibar, impak daripada penularan pandemik Covid-19 yang melanda dunia serta umat manusia, menurut jaguh berbasikal trek negara, Mohd Azizulhasni Awang.
Bekas juara dunia dan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu menitipkan kata-kata nasihat dan peringatan tersebut melalui ‘Perkongsian Jumaat’ menerusi video di akaun Instagram rasminya @azizulhasniawang pada Jumaat.