JEMPOL- Seorang pekerja ladang dijatuhi hukuman denda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret Bahau pada Jumaat selepas mengaku salah menyebabkan kecederaan kepada seorang lelaki pada awal Februari lepas.
Tertuduh Mohamed Salleh Peer Mohamed, 31, dijatuhi hukuman itu selepas membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Hidayat Wahab.