Celcom perkasa semangat kebersamaan, perpaduan

Iklan
Bermula 4 hingga 6 Februari 2021, orang ramai boleh menyertai ‘potluck’ maya ‘Chinese New Year Grand Union’ Celcom dengan menyediakan makanan kegemaran dan hidangan Tahun Baharu Cina.

SHAH ALAM - Celcom Axiata Berhad (Celcom) memperkasa semangat kebersamaan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia melalui kesalinghubungan untuk menyokong antara satu sama lain dalam tempoh yang mencabar menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

Celcom dalam satu kenyataan memaklumkan, orang ramai boleh bersama Celcom dalam acara ‘potluck’ maya, 'Chinese New Year Grand Union' yang menggabungkan kuasa kesalinghubungan dan keenakan hidangan yang menjadi asas untuk berkumpul bersama.

Iklan
Iklan

"Acara maya ini menggunakan teknologi untuk mencipta suasana perayaan dan kemeriahan Tahun Baharu Lunar serta menekankan kekuatan perpaduan dalam tempoh mencabar ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menurut Celcom, bermula 4 Februari hingga 6 Februari 2021, orang ramai boleh menyertai ‘potluck’ maya ‘Chinese New Year Grand Union’ Celcom dengan menyediakan makanan kegemaran dan hidangan Tahun Baharu Cina yang terbaik dan mempersembahkannya secara maya di hadapan barisan hakim dalam acara tersebut.

Iklan

"Peserta perlu bercerita mengenai kisah di sebalik hidangan mereka dan berpeluang memenangi hadiah utama iaitu wang tunai RM888 melalui e-dompet Boost. Mereka juga berpeluang untuk bermesra dengan artis tempatan seperti Elizabeth Tan dan Jinnyboy, menyertai kuiz dan memenangi ganjaran disediakan.

Celcom menampilkan beberapa artis tempatan dalam 'Potluck Maya Grand Union' yang akan disiarkan melalui Facebook Celcom pada 10 Februari 2021.

"‘Potluck Maya Grand Union’ akan disiarkan melalui laman Facebook Celcom pada jam 7 petang, 10 Februari 2021," katanya.

Iklan

Selain itu, Celcom juga melancarkan filem pendek – The Story of our Strength yang memaparkan detik kesukaran dan perjuangan di masa lalu.

"Video musim perayaan tersebut selari dengan kawalan yang dilalui oleh rakyat Malaysia pada hari ini dan sebagai peringatan mengenai kekuatan dan keupayaan untuk mengatasi keadaan seperti itu boleh ditemui dalam diri kita sendiri,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Idham Nawawi berkata, Celcom bersedia dalam norma seterusnya dan bersiapsiaga untuk berkhidmat kepada rakyat dengan rangkaian yang kukuh dan dipercayai.

Idham Nawawi

"Melalui penggunaan teknologi dan dan kesalinghubungan, ‘Chinese New Year Grand Union’ maya ini menyediakan platform interaktif untuk rakyat Malaysia menyediakan dan berkongsi hidangan perayaan yang unik serta kisah di sebaliknya.

"Ia juga mengajak mereka mencipta kenangan baru dan diingati bersama rakan, keluarga serta orang tersayang, ketika kekal selamat di rumah,” katanya.