Dua maut, kereta terjunam dalam tasik

Iklan
Anggota bomba sedang menjalankan kerja menyelamat di lokasi kejadian di Tasik Biru, Jalan Kampung Setia, Batu Arang, Rawang petang Ahad.

RAWANG - [DIKEMAS KINI] Dua individu maut apabila kereta yang dinaiki terjunam ke dalam Tasik Biru Jalan Kampung Setia, Batu Arang, di sini petang Ahad.

Kedua-dua mangsa iaitu seorang lelaki dan seorang wanita bagaimanapun tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri.

Iklan
Iklan

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 6.10 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang dikejarkan ke lokasi dan tiba kira-kira jam 6.30 petang.

Iklan

"Kemalangan melibatkan sebuah kereta dipercayai terbabas sebelum terjunam ke dalam tasik berkenaan.

"Mengikut maklumat polis terdapat dua orang mangsa dalam kenderaan tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Katanya, kedua-dua mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 8.01 malam.

"Mayat kedua-dua mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Shafa'aton Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian.