652 tiba di pintu masuk antarabangsa jalani kuarantin wajib

Iklan
Ismail Sabri - Foto Bernama

SHAH ALAM - Seramai 652 individu yang tiba di semua pintu masuk antarabangsa menjalani kuarantin wajib di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kesemua mereka tiba di negara ini pada Khamis.

Iklan
Iklan

Mengulas lanjut katanya, sejak 24 April tahun lalu, seramai 112,110 individu yang pulang ke tanah air.

"Kesemua mereka telah ditempatkan di 76 hotel dan 13 Institut Latihan Awam (ILA) serta institusi pengajian swasta di seluruh negara.

Iklan

"Sehingga kini seramai 103,872 orang dibenarkan pulang manakala 541 lagi telah dibawa ke hospital," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan media berhubung perkembangan terkini mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat pada Jumaat.

Iklan