RM50,000 bantu 500 pelajar asnaf

Iklan
Abd Rani (dua dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Izmi Ismail (dua dari kanan) pada Selasa.

SHAH ALAM - Rakyat Management Services Sdn Bhd yang merupakan subsidiari milik penuh Bank Rakyat menyerahkan sumbangan bantuan persiapan persekolahan berjumlah RM50,000 menerusi inisiatif Back2School 2021 kepada 500 pelajar asnaf di sekitar Selangor.

Pengerusi Bank Rakyat dan Rakyat Management Services Sdn Bhd, Datuk Abd Rani Lebai Jaafar berkata, inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu merupakan kerjasama antara syarikat berkenaan dengan Pertubuhan Kegiatan Dakwah Islamiah Sekolah-Sekolah Malaysia (Pekdis) cawangan negeri Selangor.

Iklan
Iklan

Menurut Abd Rani, sumbangan tersebut melibatkan pelajar sekolah rendah dan menengah dari 10 kawasan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri Selangor.

"Inisiatif ini dilaksanakan bagi mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh golongan asnaf terutamanya ibu bapa yang menghadapi sumber pendapatan terjejas berikutan penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Iklan
Iklan

Beliau berharap sumbangan itu dapat membantu meringankan bebanan ibu bapa golongan asnaf untuk membiayai perbelanjaan kelengkapan persekolahan anak-anak sempena sesi persekolahan pada tahun 2021.