SHAH ALAM - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM70,000 untuk disalurkan kepada Majlis Belia Negeri di Johor, Terengganu, Perak, Kelantan, Pahang dan Sabah bagi menjalankan misi bantuan pasca banjir.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha Rakan Muda Prihatin yang dilancarkan pada 12 Januari lalu bagi membolehkan lebih ramai belia dapat turut sama membantu penduduk yang terkesan akibat musibah banjir yang melanda negeri tersebut.