Ikan todak bawa tuah
Iklan
Ahmad Shukri menunjukkan ikan todak dan wang dimenanginya.
KEMAMAN - Ikan todak seberat 1.86 kilogram (kg) yang dinaikkan dua minit sebelum pertandingan berakhir membawa tuah kepada bapa dua anak apabila memperoleh habuan tunai sebanyak RM10,000.
Wang itu menjadi milik Ahmad Shukri Mohd Yusof, 34, sejurus diumumkan sebagai juara Cabaran Memancing Yang Berhormat Chukai (YBC) yang diadakan di Pantai Teluk Mak Nik di sini, semalam.
Iklan
Iklan
Pembantu operasi di Universiti Malaysia Pahang (UMP) itu mendaratkan ikan pada jam 12.58 tengah hari, dua minit sebelum wisel penamat dibunyikan.
Ahmad Shukri yang datang dari Pekan, Pahang berkata, habuan wang tunai lumayan itu ibarat rezeki saat akhir buatnya.
Iklan
"Sebelum dapat ikan todak besar ini, saya dah dapat dua ekor ikan lain iaitu todak yang bersaiz lebih kecil dan ikan tuka.
"Tak sangka pula seekor lagi ikan todak makan umpan saya masa pertandingan dah nak habis,” katanya selepas menerima hadiah disampaikan ADUN Chukai, Hanafiah Mat.
Iklan
Seramai 520 pemancing dari seluruh Malaysia menyertai cabaran memancing sempena Hari Terbuka Pas DUN Chukai itu.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>