Hanya Bale boleh tolong diri sendiri

Iklan
Bale masih bergelut untuk mendapatkan semula sentuhanya selepas kerap berdepan dengan masalah kecederaan. - Foto BBC

PENGURUS Tottenham Hotspur, Jose Mourinho menegaskan tidak ada laluan mudah bagi Gareth Bale untuk berada dalam kesebelasan utama The Lilywhites.

Menurut Mourinho, Bale perlu membuktikan dia layak menembusi kesebelasan utama Spurs dan bukan disebabkan statusnya sebagai pemain pinjaman dari kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid.

Iklan
Iklan

"Saya tidak boleh memberi jaminan bahawa dia akan mendapat minit bermain yang mencukupi. Ia sebenarnya datang daripada dirinya sendiri.

"Kita semua tahu kesukaran yang dihadapinya selama beberapa musim lalu. Dia mengalami kecederaan dan dia sendiri tahu prestasinya turun naik.

Iklan

"Apa yang penting ialah konsisten dan berlatih tanpa masalah. Apabila anda mampu bermain dengan baik dan dalam tekanan tinggi, bermakna pemain itu sudah bersedia.

"Prinsip mudahnya... pemain tidak perlu diberikan minit permainan mencukupi, sebaliknya mereka menjana sendiri minit permainan itu,” katanya.

Iklan

Bale kembali ke Spurs secara pinjaman musim ini, namun sehingga kini dia gagal memberikan impak kepada pasukan dengan hanya membuat 11 penampilan dalam semua pertandingan.