Larikan mayat bapa: Tiga beradik dituduh di mahkamah Isnin depan

Iklan
Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad

LAHAD DATU - Tiga beradik yang bertindak membawa lari mayat bapa mereka dari Hospital Lahad Datu pada Rabu lalu akan dituduh di Mahkamah Majistret Lahad Datu pada Isnin depan.

Seorang lagi tidak dikenakan tindakan selepas keempat-empat mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada pagi Sabtu.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, kertas siasatan berhubung kes itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

"Timbalan Pendakwa Raya telah bersetuju untuk menuduh tiga tertuduh di bawah Seksyen 22(a) Akta Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Berjangkit 1988 dan dibaca bersama seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Hanya tiga suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Lahad Datu pada Isnin, manakala salah seorang daripada mereka telah dibebaskan," katanya dalam satu kenyataan berhubung perkembangan kes itu pada Sabtu.

Khamis lalu, Sinar Harian melaporkan tindakan empat beradik termasuk seorang wanita berusia 26 hingga 31 tahun membawa pulang jasad bapa mereka dari hospital yang berstatus Pesakit Bawah Siasatan (PUI).

Iklan

Keempat-empat mereka kemudian ditahan di Kampung Panji pada hari kejadian selepas menerima laporan daripada petugas perubatan di hospital terbabit.

ARTIKEL BERKAITAN: Empat beradik ditahan, bawa pulang jasad bapa berstatus PUI