Malaysia komited bantu ASEAN selamatkan aliran data, keselamatan siber
Iklan
KUALA LUMPUR - Dalam memastikan aliran data rentas sempadan yang selamat dan meningkatkan keselamatan siber bagi mewujudkan ekosistem yang dipercayai untuk e-dagang ASEAN, Malaysia mengesahkan sokongannya dalam melaksanakan inisiatif di bawah Rangka Kerja Tadbir Urus Data Digital ASEAN.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, selain rangka kerja itu, Malaysia juga akan terus menyokong Forum Perlindungan dan Privasi Data ASEAN dan pembangunan Klausa Kontrak Model ASEAN.