7 beradik dapat perhatian kerajaan negeri
Iklan
Norhizam menyerahkan wang Bantuan Khas Bencana Alam berjumlah RM3,000 kepada keluarga berkenaan di Bukit Peringgit.
MELAKA - Tujuh beradik menerima sumbangan wang Bantuan Khas Bencana Alam berjumlah RM3,000 dari kerajaan negeri susulan rumah pusaka berusia 100 tahun yang didiami di Bukit Peringgit, musnah dalam kebakaran, 12 Januari lalu.
Kejadian jam 11.45 malam itu, kesemua mereka tiada di rumah kerana menghadiri majlis kenduri di rumah saudara di Bukit Katil.
Iklan
Iklan
Salah seorang penghuni, Hussin Omar, 58, berkata, dia menyedari kejadian itu kira-kira jam 11.40 malam, sebaik dihubungi salah seorang anak saudara.
Keluarga Hussin mengalami kerugian kira-kira RM80,000, selain sebuah rumah berhampiran turut terjejas.
Iklan
"Rumah ini penuh kenangan buat kami adik-beradik kerana sering menjadi tempat berkumpul setiap kali hujung minggu.
"Buat sementara, kami menumpang di rumah anak-anak dan kalau boleh mohon kerajaan negeri bantu untuk dapatkan sebuah rumah buat kami,” katanya ketika menerima sumbangan Bantuan Khas Bencana Alam dari Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee.
Iklan
Menurut Norhizam yang juga Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani negeri, pihaknya tiada masalah untuk menempatkan keluarga berkenaan di mana-mana rumah di bawah kerajaan negeri sekiranya ada permintaan.
"Kerajaan negeri bersedia menempatkan keluarga berkenaan di mana-mana rumah di bawah kerajaan negeri dan antara lokasi yang dicadangkan adalah rumah pangsa di Kampung Portugis,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan"><meta itemprop="description" content="Seleweng RM150,000: Bekas ejen insurans dipenjara dua tahun, tiga sebatan
Seorang bekas ejen insurans dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Seremban pada Jumaat selepas mengaku bersalah menyalahgunakan wang pelanggannya berjumlah RM150,000, empat tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Hakim Shahrul Rizal Majid menjatuhkan hukuman itu terhadap Ahmad Zul Ariff Ismail, 39, selepas pertuduhan dibacakan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/785324/edisi/melaka-ns/seleweng-rm150000-bekas-ejen-insurans-dipenjara-dua-tahun-tiga-sebatan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Seleweng #EjenInsurans #Mahkamah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-06-26T06:17:31.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P111S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xaiy6nu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xaiy6nu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xaiy6nu"></script>