Taman awam ditutup untuk aktiviti riadah, sukan

Iklan
Taman awam di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup untuk aktiviti riadah dan sukan. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Taman awam di negeri-negeri di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditutup untuk aktiviti riadah dan sukan, kata Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, apabila kerajaan mengumumkan aktiviti seperti berbasikal dan berjoging dibenarkan sepanjang 14 hari PKP, ia adalah untuk di sekitar kawasan kejiranan sahaja.

Iklan
Iklan

"Taman awam akan ditutup semasa PKP. Tidak akan ada joging atau aktiviti riadah lain di sana kerana kita tidak mahu tempat-tempat ini sesak.

"Saya berharap orang ramai tidak pergi ke taman awam kerana tindakan boleh diambil terhadap mereka oleh pihak berkuasa yang menjalankan aktiviti penguatkuasaan," katanya pada Khamis.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, Ismail Sabri mengingatkan orang ramai supaya mengehadkan aktiviti riadah mereka di sekitar kawasan kejiranan mereka sahaja.