JPJ Terengganu kutip hasil bayaran tanpa tunai lebih RM8 juta
Iklan
Jadual disusun JPJ Terengganu untuk penggunaan kemudahan aplikasi cashless. - Foto Ihsan FB JPJ Terengganu
KUALA TERENGGANU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu mengutip lebih RM8 juta hasil pembayaran melalui aplikasi digital tanpa tunai atau 'cashless' sepanjang tahun lalu berbanding lebih RM5 juta tahun sebelumnya.
Pengarahnya, Zulkarnain Yasin berkata, peningkatan yang berjaya direkodkan sebanyak 63.42 peratus berbanding tahun 2019 itu dilihat ketara selepas sistem pembayaran digital menerusi aplikasi tanpa tunai (cashless) diperkenalkan.
Zulkarnain Yasin
Iklan
Iklan
Katanya, dengan peningkatan kutipan pembayaran lebih 50 peratus itu, pihaknya percaya pelanggan sudah mula menyenangi kewujudan aplikasi baharu itu yang merupakan satu budaya baharu dalam kehidupan hari ini bagi memutuskan penularan wabak Covid-19.
"Kami yakin pelanggan sudah mula faham dan sedar pembayaran melalui aplikasi cashless diperkenalkan ini memudahkan urusan mereka dengan tidak perlu lagi datang ke mana-mana kaunter pembayaran selain tidak perlu lagi beratur di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) bagi mengeluarkan wang seperti sebelum ini.
Iklan
"Kewujudan sistem baharu ini juga dapat meningkatkan tahap keselamatan bagi semua pengguna kad ATM, myDebit atau kad kredit," katanya ketika dihubungi Rabu.
Menurut Zulkarnain, meskipun aplikasi baharu ini dilihat mendapat sambutan memberangsangkan, namun pihaknya masih meneliti dan mempertimbangkan keputusan untuk menggunakan sepenuhnya aplikasi cashless tersebut.
Iklan
"Kami akui pelanggan sudah mula menyenangi aplikasi baharu ini tetapi kita perlu juga mempertimbangkan situasi pelanggan terutama kategori warga emas.
"Jadi, buat permulaan ini, kami menyediakan kemudahan aplikasi baharu ini mengikut jadual ditetapkan," katanya.
Sementara itu, Zulkarnain turut mengingatkan kepada semua pelanggan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk memakai pelitup muka serta menjaga penjarakkan sosial ketika berurusan di mana-mana premis JPJ di negeri ini.
BERITA SEMASA 6 MEI 2025
Mahkamah Majistret Batu Pahat pada Isnin menetapkan 20 Mei depan bagi mendapatkan status arahan lanjut dan juga izin berhubung kes seorang lelaki didakwa membunuh Mila Sharmila Samsusah, 32 atau Bella dipindahkan ke Mahkamah Tinggi, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Majistret Suhaila Shafi'uddin menetapkan tarikh berkenaan selepas pihak pendakwaan memaklumkan masih belum mendapat arahan lanjut daripada Pejabat Pendakwaan Negeri Johor susulan terdapat perkembangan baharu terhadap kes pembunuhan itu.
Pihak pendakwaan dikendalikan Farah Wahidah Mohd Sharip manakala tertuduh, Muhammad Haikal Mahfuz diwakili peguam Syahril Anuar Harun.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/663117/berita/semasa/status-pindah-kes-bunuh-bella-ke-mahkamah-tinggi-ditentukan-20-mei-ini
Muzik: Elevate dari www.bensound.com