Tinjauan Pasar Chow Kit

Iklan
Keadaan Pasar Chow Kit yang lengang ketika tinjauan hari ini. Suasana itu berbeza daripada kebiasaannya yang sentiasa sibuk dengan kunjungan orang ramai, apabila kebanyakan orang memilih untuk duduk di rumah bagi mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan Kerajaan dalam usaha mengekang penularan kes COVID-19. Pelaksanaan semula PKP melibatkan Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan), Melaka, Johor dan Sabah untuk tempoh 14 hari hingga 26 Januari ini, diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada Isnin. - Foto Bernama