Tindakan Ahmad Jazlan, Ku Li tidak beri kesan pada PN
Iklan
Dari kiri: Ahmad Jazlan Yaakub, Tengku Razaleigh
SHAH ALAM - Perikatan Nasional (PN) tidak hilang majoriti walaupun Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menarik diri daripada menyokong PN.
Penganalisis politik daripada Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, kedua-dua ahli Parlimen itu tidak menyatakan sokongan mereka kepada pembangkang iaitu Pakatan Harapan (PH).
Iklan
Iklan
Berikutan itu, kata beliau, tindakan kedua-dua ahli Parlimen berkenaan tidak memberi sebarang kesan kepada kerajaan PN.
Profesor Dr Ahmad Martadha Mohamed
"Walaupun Ahmad Jazlan tarik sokongan, tetapi dia tidak menyokong PH. Sama juga dengan Tengku Razaleigh, dia tidak menyokong PN dan tidak menyokong PH," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.
Iklan
Ketika ditanya mengenai kemungkinan berlakunya Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), beliau berkata, ia sukar untuk dilaksanakan.
Menurutnya, dalam keadaan negara dilanda bencana banjir dan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, amat sukar untuk diadakan PRU15 dalam masa terdekat.
Iklan
"Yang di-Pertuan Agong pun tidak mahu semua ini (pilihan raya umum) lagi. Bagi saya, Parlimen pula tidak akan bersidang sehingga bulan April nanti.
"Tidak akan ada apa-apa perubahan kerajaan dalam tempoh terdekat ini walaupun mungkin ada perubahan dari segi jumlah sokongan dan sebagainya," katanya.
Pada Sabtu, Ahmad Jazlan mengumumkan menarik diri daripada menyokong kerajaan PN pada sidang media di Bangunan UMNO Kelantan.
Pengerusi UMNO Kelantan itu berkata, keputusan menarik sokongan terhadap kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin itu dibuat tanpa desakan daripada mana-mana pihak.
Katanya, tindakan berkenaan dilakukan atas dasar memperjuangkan prinsip parti serta maruah Barisan Nasional (BN) dan bukannya kepentingan peribadi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kedudukannya sebagai Perdana Menteri tidak terjejas walau apa juga keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan dan tidak menjadikan pilihan raya sebagai medan permusuhan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/786379/berita/politik/kalah-atau-menang-prn-johor-saya-tetap-perdana-menteri
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNJohor
Kempen PRN Johor 2026 dah bermula ?️
Jejaki data, peta DUN & simulator keputusan semuanya di satu tempat.