Nik Nazmi selamat bernikah gadis pilihan
Iklan
Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis yang dikenali sebagai Farah. - Foto Twitter Nik Nazmi
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad selamat bergelar suami sekali lagi selepas melangsungkan perkahwinan dengan gadis yang dikenali sebagai Farah.
Menerusi gambar yang dikongsikan menerusi Twitternya, majlis berlangsung pada Jumaat.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah, syukur dapat bernikah dengan isteri, Farah dalam norma baharu hari ini. Terima kasih atas doa dan ucapan semua,” ciapnya disertakan dengan sekeping gambar.
Antara yang mengucapkan tahniah kepadanya adalah bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli.
Iklan
"Selamat pengantin baru kepada saudara @niknazmi semoga bahagia hingga ke syurga.
"Patut saya jadi pengapit tapi Nik nak yang muda-muda saja.
Iklan
"Saya pangkat abang yang jemput dia kat lapangan terbang (masa hari jadi saya) bila dia mula-mula sampai London dulu (saja nak ungkit),” tulisnya.
Nik Nazmi sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang doktor, Imaan Abdul Rahim.
Bagaimanapun, rumah tangga mereka berakhir selepas 14 tahun apabila mengambil keputusan untuk berpisah pada Julai 2019.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>