Pejuang akan kemuka rayuan kepada Menteri Dalam Negeri

Iklan
Dr Mahathir (tengah) dan Mukhriz (kanan).

PUTRAJAYA – [DIKEMASKINI] Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagi memohon pendaftaran parti itu sebagai sebuah parti politik berdaftar pada Jumaat.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pihaknya akan mengikut segala peraturan dan undang-undang.

Iklan
Iklan

"Secepat mungkin (rayuan akan dihantar). Esok,” katanya pada sidang akhbarnya di Yayasan Kepimpinan Perdana pada Khamis.

Terdahulu, Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) menolak permohonan pendaftaran Pejuang sebagai sebuah parti politik berdaftar.

Iklan

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam parti berkenaan, Mior Nor Haidir Suhaimi.

Mior Nor Haidir berkata, penolakan permohonan tersebut telah diberikan RoS menerusi surat kepada Setiausaha Agung Penaja Pejuang pada Rabu.

Iklan

Dalam pada itu, bekas Perdana Menteri itu turut mendakwa proses permohonan pendaftaran parti itu yang melibatkan proses pentadbiran telah menjadi perkara politik apabila RoS memaklumkan pada mereka bahawa perlu dirujuk pada menteri terlebih dahulu.

"Kenapa perlu rujuk kepada menteri? Itu bukanlah diwajibkan mengikut undang-undang dan sekarang ini setelah kita pergi ke mahkamah maka mereka membuat keputusan dan keputusan ini tentulah keputusan daripada menteri.

"Kerana sebelum ini, RoS berkata tidak ada apa-apa masalah dan kita semak pun tak ada apa-apa masalah tapi hari ini diberi alasan kononnya kita tidak memenuhi pelbagai syarat dan permohonan kita ditolak,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN RoS tolak permohonan pendaftaran Pejuang

Jangan jadikan RoS sebagai alat politik: Anwar