Hentikan politik kotor: Mat Sabu

Iklan
Mat Sabu - FOTO ROSLI TALIB

SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu meminta ahli politik di negara ini menghentikan politik kotor kerana ia memberikan kesan besar kepada kestabilan negara.

Mohamad Sabu menerusi satu video yang berdurasi 2 minit 35 saat yang dimuat naik di laman sosial Facebook, @mohdsabu1954 pada Khamis, meminta mereka menghentikan politik kotor dan kembali kepada Raja Berperlembagaan, kerajaan berparlimen dan memberikan kuasa melalui pilihan raya dan mandat rakyat.

Iklan
Iklan

"Apa yang kelam-kabut sangat politik Malaysia sekarang,” katanya.

Mohamad Sabu juga menegaskan keadaan politik Malaysia sekarang ‘kelam-kabut’ berpunca daripada tindakan beberapa parti politik sebelum ini yang mengambil jalan pintu belakang untuk menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang mentadbir negara pada ketika itu.

Iklan

"Pada akhir tahun 2019, saya didatangi beberapa pihak dan mereka berusaha untuk menukar kerajaan antaranya menyekat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri dan membuang DAP daripada kerajaan.

"Tujuannya untuk mewujudkan kerajaan Melayu Islam dan akhirnya berlaku gerakan Sheraton dan mereka dapat ambil alih kerajaan,” katanya.

Iklan

Menurutnya, tindakan pihak berkenaan juga dilihat tidak menghormati mandat rakyat.

"Inilah akibatnya tidak menghormati demokrasi dan mandat rakyat. Sepatutnya tunggulah pilihan raya selepas lima tahun atau pemerintah pada ketika itu membubarkan Parlimen.

"Tetapi mereka ambil secara ‘back door', sekarang kelam kabut dan kerajaan tidak stabil, perdana menteri, pelabur entah datang atau tidak. Kelam kabut politik Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menggesa rakyat Malaysia mempertahankan sistem demokrasi, pilihan raya dan Raja Berperlembagaan.

Katanya, akibat daripada kerajaan pintu belakang memberikan kesan kepada rakyat kini.

"Kelam kabut habis pemerintahan, hal judi ditambah masalah daging, sekatan air sungai dan banyak perkara.

"Insaflah rakyat Malaysia kalau kami, PH memerintah dahulu dan segala kelemahan berlaku, tumbangkanlah dalam pilihan raya.

"Bukan secara tebuk atap dan kerajaan pintu belakang, inilah akibat daripada perbuatan itu berada dalam kelam kabut yang pentingnya ialah negara, rakyat akan menghadapi masalah,” katanya.

Video berkenaan mendapat pelbagai komen berikutan ia menyentuh mengenai situasi politik negara.

Pada Rabu, mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memakan masa lebih tiga jam bersetuju membawa tiga usul utama yang dibangkitkan ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) pada 31 Januari 2021.

Usul tersebut adalah untuk menolak kerjasama dengan Bersatu, kerjasama UMNO dan Pas menerusi Muafakat Nasional (MN) serta menggesa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan sebelum berakhir suku pertama tahun ini.

Sementara itu, memetik laporan Malaysiakini pada Khamis, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Pas mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung ketetapan yang diambil UMNO untuk memutuskan hubungannya dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Menurut Tuan Ibrahim, ini kerana perkara itu masih lagi belum menjadi keputusan muktamad dan hanya akan diputuskan pada perhimpunan agung UMNO pada 31 Januari 2021.

ARTIKEL BERKAITAN UMNO bekerjasama dengan DAP untuk bentuk kerajaan baharu, kata Annuar

Annuar dedah pemimpin UMNO keluar surat sokongan kepada

Anwar Kerjasama UMNO-DAP: Najib nafi dakwaan Annuar