KUANTAN - Seorang remaja maut manakala rakannya parah selepas motosikal ditunggangi terlibat kemalangan dengan trak tentera di kilometer 136, Jalan Kuala Lumpur-Kuantan, di Temerloh kira-kira 140 kilometer dari sini, malam Rabu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, kejadian pada 9.30 malam itu menyebabkan Nazrul Amanna Shafrie Abdullah, 17, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.