Masyarakat perlu buka minda mengenai vaksin

Iklan
Dr Mohd Yusof (kiri), Dr Dzulkifli, Mohd Asri dan Dr Musa pada Wacana Sinar Harian Siri Ke- 222 bertajuk Vaksin Covid-19: Suci & Selamatkah? yang diadakan di Studio F, Kumpulan Karangkraf, Shah Alam pada Selasa.

SHAH ALAM- Rakyat Malaysia perlu membuka minda supaya tidak dipengaruhi oleh pihak tertentu yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan perkara yang tidak tepat mengenai vaksin sedangkan ia amat diperlukan untuk mengekang penularan Covid-19.

Perunding Pediatrik & Perubatan Hospital Pakar KPJ Damansara, Dr Musa Nordin berkata, masyarakat perlu memeriksa dan peka terhadap maklumat mengenai vaksin berasaskan dalil dan hujah serta fakta.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kaedah pembuatan vaksin berbeza dan yang revolusi tercanggih sekarang ialah vaksin Messenger RNA (MRNA).

"MRNA menggunakan bahan sintetik, ia disuntik ke dalam badan, menyuruh badan kita mengeluarkan ‘spike protein’. Apabila badan kita melihat ‘spike protein’, ia akan mengeluarkan antibodi.

Iklan

"Ini merupakan teknologi yang hebat dan canggih. Apabila ia masuk ke dalam badan kita, MRNA rapuh dan mudah pupus. Ia diselaputkan dengan nanopartikel,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Siri Ke- 222 bertajuk Vaksin Covid-19: Suci & Selamatkah? yang diadakan di Studio F, Kumpulan Karangkraf, di sini pada Selasa.

Iklan

Turut menjadi panelis ialah Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, manakala Pensyarah Kulliyah Sains Kesihatan Bersekutu UIAM, Dr Mohd Yusof Mohamad sebagai moderator.

Dr Musa berkata, vaksin tidak ada kandungan protein binatang, tidak ada khinzir, lemak lembu, merkuri dan sebagainya.

"Bagaimanapun, sesetengah pihak melihat perkara ini semua racun dalam vaksin, di mana racun? Semua tidak ada, semua bahan sintetik. Keduanya, ada golongan lain melihat vaksin ini semua bahan haram, tunjukkan kepada saya mana bahan haram, tidak ada langsung.

"Ia teknologi baharu dan ini mungkin paling suci pada hemat saya sendiri. Kita lihat begitu hebat ALLAH memberikan pemikiran jihad manusia untuk mencari sesuatu yang baik untuk maslahah umat,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, dalam keadaan keperluan, kita perlu ada kelonggaran fekah di mana ada benda yang memang asas tidak haram dan dikatakan telah bercampur dengan haram.

"Vaksin ini sintetik dan bercakap dalam konsep yang umum. Dalam Islam ada satu bab yang selalu istihalah perubahan perkara yang haram apabila berlaku ‘chemical transforms’, ia akan berubah sepenuhnya contohnya arak bertukar menjadi cuka, asalnya arak haram, tapi bertukar menjadi cuka hukumnya halal.

"Dalam ulama mentakrifkan perubahan telah berlaku atau tidak, itu sahaja. Jika ‘chemical transformation’ istihalah ialah maka ia dikira sifat baharu,” katanya.

Beliau berkata, istilab bahan lain banyak, air banyak tetapi terjatuh ke dalamnya dua tiga titik arak dan tidak merubah titik sifat yang banyak, ini kelonggaran yang syariah beri apatah lagi bagi keadaan biasa dan ia akan beri lagi dalam keadaan darurat.

Mengulas lanjut, Mohd Asri berkata, mengubat diri sendiri ketika sakit adalah pilihan sendiri.

"Wabak cerita lain, jika wabak tidak ubati oleh diri sendiri dan kita pergi masuk ke dalam masyarakat, kita sebagai pembawa penyakit kepada mereka sedangkan agama melarang kita membahayakan orang lain,” katanya.

Tambahnya, apa sahaja perkara yang membahayakan diri, agama menyuruh kita untuk mengelak daripadanya.

"Vaksin adalah penyelesaian yang ada di tangan manusia dan kita perlu mengambilnya,” katanya.