Bomba bantu turunkan jenazah wanita obesiti

Iklan
Pasukan bomba membantu menurunkan jenazah seberat 200kg ke liang lahad di Tanah Perkuburan Kampung Simpang Bejoh Jasin, pada Sabtu. - Foto ihsan bomba

MELAKA - Balai Bomba dan Penyelamat Jasin Bestari membantu mengangkat jenazah seorang wanita obesiti seberat 200 kilogram dari Hospital Jasin ke tanah perkuburan Kampung Simpang Bekoh, Jasin pada Sabtu.

Ketua Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Abd Rahim Taufik berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan khidmat khas itu pada jam 8.43 malam dan seramai 10 anggota serta tiga pegawai pergi ke lokasi.

Iklan
Iklan

"Kami menggunakan tali bagi tujuan menurunkan jenazah wanita berusia dalam 30-an tersebut ke liang lahad, sambil dibantu oleh ahli keluarga terdekat.

"Urusan menurunkan jenazah mengambil masa 20 minit sebelum kami serahkan kepada ahli keluarga untuk menyempurnakan urusan pengebumian,” katanya.

Iklan

Tambahnya, operasi khidmat khas membantu menurunkan jenazah berjalan lancar dan tamat lebih kurang 9.30 malam.

Iklan