Kapal asing ditahan bersauh tanpa kebenaran
Iklan
Sebuah kapal tangki asing ditahan kerana berlabuh tanpa kebenaran pada kedudukan 3.5 batu nautika tenggara Tanjung Penyusup, Kota Tinggi pada Rabu.
KOTA TINGGI - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Sedili menahan sebuah kapal tangki asing yang bersauh tanpa kebenaran pada kedudukan 3.5 batu nautika tenggara Tanjung Penyusop dekat sini pada Rabu.
Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohamad Sulhan Zainon berkata, kapal ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan operasi harian memeriksa kapal tersebut pada jam 12.40 tengah hari.
Iklan
Iklan
"Semasa pemeriksaan dilakukan, kapal tersebut berdaftar di Alofi, Niue dan dikendalikan 10 kru termasuk nakhoda. Kesemua mereka merupakan warga Indonesia berusia antara 35 hingga 63 tahun.
"Pemeriksaan lanjut mendapati, nakhoda kapal gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran bersauh dalam perairan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.
Iklan
Menurutnya, kapal tangki tersebut seterusnya ditahan dan kes akan disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar 1952, Seksyen 491B(1)(l) iaitu bersauh tanpa kebenaran Pengarah Laut Malaysia.
"Jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya.
Iklan
Katanya, APM sentiasa memandang serius ke atas pematuhan undang-undang dan akan sentiasa mengambil tindakan sewajarnya.
"Pengusaha atau pemilik kapal dinasihatkan memohon kebenaran bersauh daripada Jabatan Laut Malaysia dan mengikut peraturan untuk sebarang aktiviti demi memastikan kesejahteraan khususnya perairan Johor timur," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bukan lantikan politik, fokus kebajikan Orang Asli - Marina"><meta itemprop="description" content="Pelantikan Marina Ibrahim sebagai pegawai khas bagi membantu menjaga kebajikan masyarakat Orang Asli di Johor di Yayasan Sultan Ibrahim Johor bukan lantikan politik, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai itu berkata, tanggungjawab berkenaan diterima dengan penuh rasa rendah diri dan menyifatkannya sebagai amanah besar untuk memastikan kebajikan serta kepentingan masyarakat Orang Asli di negeri ini terus diberi perhatian.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795046/edisi/johor/bukan-lantikan-politik-fokus-kebajikan-orang-asli---marina
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #OrangAsli #MarinaIbrahim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T06:09:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/e5O8s1gdGDyjEWlIL/x1080"><meta itemprop="duration" content="P64S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4dyye"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4dyye"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4dyye"></script>