Pemuda UMNO gesa kerajaan dedah syarikat seludup daging

Iklan
Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki

SHAH ALAM - Pemuda UMNO meminta kerajaan segera mendedahkan nama-nama syarikat yang terbabit dalam kartel penyeludupan dan pengedaran daging import haram.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pendedahan itu penting bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan umat Islam terhadap keabsahan status halal daging import dalam pasaran.

Iklan
Iklan

"Pemuda UMNO juga mendesak penubuhan segera pasukan khas yang melibatkan pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan industri Halal termasuk pihak SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

"Ia bertujuan menyiasat dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati menyeleweng termasuk rasuah dalam isu kartel daging haram ini," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Asyraf berkata, jangan ada yang menjadi penghalang mahu menutup atau melindungi mana-mana pihak termasuk penglibatan orang kenamaan dalam penyelewengan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Penguat kuasa korup guna kod rahsia 'daging karpet merah’

Rakyat Malaysia gempar isu daging import haram

Penjelasan isu kartel daging esok: Zulkifli