Komando maut kena bom ikan
Iklan
Gambar Hiasan
SETIU - Seorang anggota komando Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut selepas dipercayai terkena bom ikan buatan sendiri ketika mengebom ikan di Sungai Pengkalan Merbau, Sungai Tong, di sini petang semalam.
Mangsa yang berusia 32 tahun bertugas sebagai anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) di Lumut, Perak dikatakan pergi mengebom ikan bersama tiga yang lain iaitu seorang abang, adik dan adik iparnya di sungai berkenaan.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris berkata, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di beberapa anggota badan akibat letupan bom itu.
Menurutnya, sebelum kejadian dikatakan mangsa telah mengajak tiga orang tersebut untuk mengebom ikan di sungai itu kira-kira jam 3 petang.
Iklan
"Mengikut keterangan awal saudara mangsa, setelah 15 minit mereka menaiki sebuah sampan mengikut arus sungai, mangsa meminta meninggalkannya di tebing sungai namum menyuruh tiga yang lain menunggu dan memasang pukat di hilir sungai,” katanya.
Zulkifli berkata lagi, kira-kira sepuluh minit kemudian, mereka bertiga terdengar satu letupan kuat dari arah tempat mangsa berada lalu mereka memanggil nama mangsa tetapi tidak berjawab.
Iklan
Menurutnya, apabila pergi ke tempat kejadian, mereka dapati mangsa terbaring dengan kecederaan parah di bahagian perut, muka dan kedua-dua belah tangan.
"Mangsa telah di bawa ke Klinik Kesihatan Sungai Tong namun telah meninggal dunia semasa berada di situ dan kemudian mayat mangsa di bawa ke Hospital Setiu untuk bedah siasat.
"Polis menerima maklumat mengenai kejadian tersebut kira-kira jam 5 petang” katanya.
Beliau berkata lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'"><meta itemprop="description" content="'Bunyi dentuman kuat rupanya bot dirempuh nelayan asing'
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #botdirempuh #nelayanasing"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-03T08:31:55.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P110S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbt2pm6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbt2pm6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbt2pm6"></script>