Anggota polis mabuk, pandu lawan arus ditahan
Iklan
JOHOR BAHRU - Seorang anggota polis ditahan selepas dipercayai memandu di bawah pengaruh alkohol dan melawan arus di Jalan Lingkaran Dalam di sini hari ini.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, anggota berumur 25 tahun itu ditahan di sebuah stesen minyak di jalan berkenaan kira-kira jam 12.30 pagi.