Banjir: Kampung Bantal dalam keadaan berjaga-jaga
Iklan
JERANTUT - Lebih 500 penduduk di Kampung Bantal di Ulu Tembeling di sini dalam keadaan berjaga-jaga selepas berlaku beberapa kali kenaikan air akibat hujan lebat.
Ketua Kampung Bantal, Hamdan Ali berkata, hujan lebat sejak beberapa hari lalu menyebabkan beberapa rumah kedai di kawasan rendah dinaiki air mulai tengah malam semalam.