Majlis presiden platform terbaik PN hadapi PRU15: Hadi
Iklan
Abdul Hadi Awang
MARANG - Pas melihat penubuhan Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) sebagai langkah awal dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke-15 (PRU15) dan sebarang masalah boleh dirunding bersama bagi mendapatkan keputusan terbaik untuk semua pihak.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, selepas ini sebarang keputusan penting yang melibatkan PN akan melalui majlis presiden.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah, penubuhan Majlis Presiden PN adalah bagi mengendalikan kerajaan dan semua bersetuju dalam kalangan parti yang terlibat, bukan sahaja Pas tetapi UMNO.
"Penubuhan majlis presiden tidak akan menjejaskan hubungan Pas dalam Muafakat Nasional (MN) kerana kita akan terus menjaga MN, pada masa sama PN di peringkat Malaysia. MN hanya di peringkat semenanjung.
Iklan
"Tidak timbul persoalan sama ada Pas mengutamakan PN atau MN kerana Pas akan memberikan komitmen kepada kedua-duanya," katanya ketika ditemui selepas Majlis Agihan Bantuan Nelayan di Dewan Tok Guru di Rusila, hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Perikatan Nasional tubuh Majlis Presiden
Iklan
Pada Khamis lalu, semua parti dalam kerajaan PN bersetuju untuk menubuhkan majlis presiden yang akan dianggotai oleh ketua parti masing-masing sebagai platform membincangkan dasar kerajaan dan mengukuhkan kerjasama antara parti.
Perkara itu dipersetujui oleh semua ketua parti dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki yang menyatakan kerjasama UMNO dan BN dalam PN pada PRU15 banyak bergantung kepada isu pengagihan kerusi diselesaikan, Hadi berkata, agihan kerusi masih dalam perbincangan.
"Agihan kerusi kita serah kepada pusat. Kita ada perunding di peringkat pusat, bukan pemuda sahaja, bukan negeri sahaja.
"Sebab itu kita tidak boleh pegang kepada kenyataan mana-mana pihak sama ada perhubungan Pas negeri, kawasan atau Parlimen. Mesti balik kepada Pusat," katanya.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan mengeluarkan sebarang arahan kepada ahli parti itu supaya mengundi mana-mana parti lain di kerusi yang tidak ditandingi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendirian Bersatu sejak dahulu kekal sama iaitu hanya menyokong calon PN di kawasan yang ditandingi gabungan itu.
Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara.
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.