IPOH - Gaji anggota pasukan keselamatan, terutama polis dan tentera wajar dikaji semula agar bersesuaian dengan bebanan tugas mereka, kata Yayasan Pengaman Malaysia.
Ahli lembaga pengarah yayasan itu, Datuk Kamaruddin Mat Desa berkata, gaji yang diterima mereka juga tidak sepatutnya berdasarkan tahap kelulusan akademik semata-mata.