KUCHING – Kerajaan Negeri akan berbincang dengan Kerajaan Persekutuan mengenai undang-undang anti merokok agar peraturan itu tidak bertindih dengan ordinan kerajaan tempatan.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Sim Kui Hian berkata, pada masa kini terdapat dua undang-undang bertindih yang boleh mengelirukan orang ramai.