Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS
Iklan
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini berikutan permintaan yang lemah terhadap dolar AS di tengah-tengah sentimen yang turun naik ke atas mata wang tempatan Foto 123RF
RINGGIT dibuka tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan yang lemah terhadap dolar AS di tengah-tengah sentimen yang turun naik ke atas mata wang tempatan, kata penganalisis.
Pada jam 9 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0690/0740 berbanding dolar AS daripada 4.0700/0740 sewaktu ditutup pada Isnin.
Iklan
Iklan
Ketua Strategi Pasaran Global Axi Stephen Innes berkata, pemulihan ringgit daripada penurunan penarafan kredit oleh Fitch Ratings baru-baru ini mungkin akan mengambil masa, bagaimanapun, indeks ringgit menunjukkan ia bergelut untuk menebus penyusutan itu selepas meningkat pada minggu lepas.
"Selera risiko tempatan turut bergelut untuk mencari hala tuju di tengah-tengah berita penting mengenai Brexit, peningkatan kes Covid-19 dan kemungkinan sekatan lanjut Amerika Syarikat (AS) ke atas para pegawai China (dengan pandangan daripada satu sudut dan berharap wujudnya rangsangan fiskal AS dan kelulusan vaksin AS),” katanya kepada Bernama.
Iklan
Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0434/0473 daripada 3.0403/0442 sewaktu ditutup pada Isnin dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.4337/4408 daripada 5.3997/3054.
Iklan
Ringgit susut berbanding euro kepada 4.9263/9336 daripada 4.9210/9275 semalam dan rendah berbanding yen Jepun kepada 3.9099/9150 daripada 3.9022/9072 sebelum ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>