'Dah 10 hari, Loqman belum ditemui'
Iklan
TEMERLOH - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang memasuki hari ke-10 hari ini belum menemukan seorang pemuda yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pahang dekat Kampung Kuala Kujan, Jalan Triang di sini pada 27 November lalu.
Operasi mencari Loqman Hamka, 20, dari Kampung Kuala Kujan ditangguhkan pada jam 6.30 petang tadi dan akan disambung esok.