Kanak-kanak melecur terkena air panas mi segera

Iklan
Nurul Najihah melecur pada bahagian bawah mata kiri, bahu dan leher selepas terkena air panas di rumahnya di Masjid Baroh semalam.

TANJONG KARANG - Seorang murid Tahun 1 melecur pada bahagian bawah mata kiri, bahu dan leher selepas terkena air panas di rumahnya di Masjid Baroh di sini semalam.

Ibunya, Zaharina Khalid, 35, berkata, kejadian jam 1.30 petang itu berlaku ketika dia baharu sahaja sampai di pintu depan rumah selepas keluar membeli barangan keperluan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, anaknya, Nurul Najihah Zaidi, 7, terkena air panas selepas tergesel dengan abangnya, Muhammad Adam Haikal Zaidi, 12, yang sedang memegang mangkuk mi makanan segera.

"Mereka berdua meluru ke arah saya di pintu dan tanpa sengaja tangan Nurul Najihah terkena mangkuk mi segera mengandungi air panas," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Iklan

Zaharina berkata, dia kemudian bergegas membawa Nurul Najihah ke Hospital Tanjong Karang bagi mendapatkan rawatan.

Katanya, dia juga sempat menghubungi suaminya, Zaidi Napiah, 36, yang sedang bekerja bagi memaklumkan kejadian itu.

Iklan

"Saya pun tak terduga boleh jadi macam ini hingga saya pun jadi panik melihat keadaan lecur dialami.

"Namun setelah anak saya menerima rawatan, doktor yang merawat memaklumkan kecederaan dialami hanya mengakibatkan kecederaan luaran," katanya.

Mengulas lanjut, Zaharina berkata, keadaan anak keempat daripada lima beradik itu kini stabil meskipun mengadu terasa pedih dan panas di bahagian yang terkena air panas.

"Saya berharap lecur dialami Nurul Najihah segera sembuh bagi mengurangkan kesakitan dialami," katanya.

Sebelum ini Zaharina yang memuat naik status mengenai kecederaan dialami Nurul Najihah terkena air panas tular di Facebook.

Zaharina sebelum ini memuat naik status meminta orang ramai mendoakan anaknya yang terkena air panas kembali sembuh.