Mayat lelaki terapung di Teluk Batik

Iklan
Mayat lelaki ditemui di Teluk Batik, Lumut. - Foto pembaca

LUMUT - Mayat seorang lelaki ditemui terapung berhampiran medan ikan bakar Teluk Batik di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, mayat tanpa identiti ditemui oleh orang awam sebelum melaporkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung kira-kira jam 5.45 petang.

Iklan
Iklan

"Siasatan lanjut yang dijalankan mendapati si mati ialah lelaki berusia 40 tahun yang berasal dari Pulau Pangkor.

"Menurut warisnya, si mati dikatakan sering meracau dan keluar dari rumah seorang diri dengan menaiki sampan sejak Sabtu lalu,” katanya.

Iklan

Menurutnya, mayat kemudiannya ke Hospital Seri Manjung untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

"Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Iklan