Polis keluar 9 kompaun terhadap pemilik kedai emas, pelanggan
Iklan
Kedai emas di sekitar Kota Bharu dikunjungi ramai susulan penurunan harga emas sejak minggu lepas.
KOTA BHARU - Polis mengeluarkan sembilan kompaun terhadap pemilik kedai emas dan pelanggan mereka di sekitar Kota Bharu kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam membendung penularan Covid-19.
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Polis Shafien Mamat berkata, kompaun itu dikeluarkan semalam dan hari ini kepada pemilik kedai emas dan pelanggan mereka kerana kebanyakannya tidak mengamalkan penjarakan fizikal serta tidak memakai pelitup muka semasa berada di dalam premis.
Iklan
Iklan
"Pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan ke atas premis-premis niaga dan mengeluarkan saman serta kompaun ke atas mana-mana pihak yang dilihat tidak mengamalkan SOP yang ditetapkan.
"Langkah tegas ini adalah sebagai membendung penularan Covid-19 di dalam negeri," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Iklan
Pada 20 November lepas, Menteri kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan pelaksanaan PKPB di Kelantan sehingga 6 Disember depan selepas penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati terdapat peningkatan kes Covid-19 secara mendadak di beberapa daerah dan mukim di Kelantan.
Beberapa media hari ini melaporkan banyak kedai emas sekitar sini dikunjungi ramai susulan penurunan harga emas sejak minggu lepas, kebanyakannya tidak mematuhi SOP. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah'"><meta itemprop="description" content=""Tanpa kereta api, kami tidak dapat ke sekolah. Biar terpaksa bangun seawal jam 5 pagi, kami sanggup daripada meredah hutan dalam kegelapan."
Demikian kata Ami Qistina Luqman, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong di Kuala Krai yang bergantung kepada pengangkutan tersebut untuk menuntut ilmu.
Pelajar tingkatan empat itu merupakan antara ratusan pelajar yang menjadikan kereta api sebagai pengangkutan utama untuk ke sekolah sejak 17 tahun lalu bermula 2009 apabila hanya di Dabong terdapat sekolah menengah.
Lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/763576/edisi/kelantan/tanpa-kereta-api-kami-tidak-dapat-ke-sekolah
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SesiPersekolahan #Keretaapi #Kelantan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-11T09:29:38.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/Zot381fOss2ed4rQn/x120"><meta itemprop="duration" content="P217S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9xjjyg"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9xjjyg"></script>