Mayat terapung diheret biawak

Iklan
Keadaan mayat terapung yang ditemui dekat Sungai Sidam berdekatan Kampung Lesung Tujuh, Padang Serai Kulim hari ini. Gambar kecil: Azhar

KULIM - Mayat seorang individu ditemui terapung dekat tebing Sungai Muda berdekatan Kampung Lesung Tujuh, Padang Serai, kira-kira jam 10 pagi tadi.

Mayat berkenaan ditemui nelayan yang ketika itu sedang memasang pukat sebelum ternampak seperti satu objek diheret seekor biawak.

Iklan
Iklan

Apabila didekati, objek berkenaan sebenarnya mayat individu yang mungkin telah meninggal dunia beberapa hari lalu berdasarkan keadaan fizikal badannya.

Mayat yang ditemui terapung di Sungai Muda berjaya dikeluarkan pada jam 2.35 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azhar Hashim berkata, mayat berkenaan berada 100 meter dari tebing sungai dan tersangkut pada pokok sebelum dikeluarkan oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat pada jam 2.35 petang tadi.

Iklan

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan reput dipercayai berada di dalam air lebih kurang lima hari.

"Pemeriksaan juga mendapati terdapat kesan tatu di lengan kanan dan tali warna merah di tangan kiri. Bagaimanapun, wajah mangsa serta identiti tidak dapat dikenal pasti," katanya.

Iklan

Menurutnya, mayat itu dihantar ke Forensik Hospital Kulim untuk tindakan lanjut dan telah dirujuk ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.

"Polis meminta mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat tampil segera ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya.