RM40 juta kos baik pulih HAT Kem Terendak
Iklan
MELAKA - Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM40 juta bagi kos membaik pulih Hospital Angkatan Tentera (HAT) di Kem Terendak, Sungai Udang di sini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan itu sebagai permulaan dan kerja membaik pulih dijangka bermula pada Jun tahun depan bagi menyelesaikan isu kemudahan asas yang didapati usang di hospital itu termasuk fasiliti air, elektrik, dewan pembedahan, unit rawatan rapi (ICU) serta bilik pesakit.