Cadangan iktiraf masyarakat Jawa, Bugis perlu dilihat pelbagai aspek
Iklan
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama orang ramai ketika meluangkan masa melakukan tinjauan mesra sempena Tahun Baru Cina di Segama malam ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah akan melihat dalam pelbagai aspek termasuk dari segi undang-undang mengenai cadangan untuk masyarakat Jawa dan Bugis diiktiraf sebagai anak negeri.
Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata perkara itu perlu diteliti agar tidak menjadi pertikaian tanpa mengetepikan suku kaum yang terdapat di Sabah.
Iklan
Iklan
'Di samping itu, kita juga akan melihat kedudukan kampung-kampung yang ada, seperti masyarakat Tionghoa yang mempunyai kapitan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program tinjauan mesra di Segama sempena sambutan Tahun Baharu Cina, di sini malam ini.
Mohd Shafie berkata kesesuaian itu perlu dilihat untuk mewakili sesebuah kaum di sesuatu kawasan namun bagaimana ia dilaksana perlu berlandaskan dengan perundangan sedia ada.
Iklan
Baru-baru ini, Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar dikecam selepas mencadangkan masyarakat Jawa dan Bugis di negeri ini diiktiraf sebagai anak negeri.
Mengenai program itu, sebanyak 700 gerai jualan dan 20 trak makanan beroperasi di sekitar Segama bermula 3.30 petang hingga 2 pagi, Isnin.
Iklan
Selain itu, gerai jualan turut dibuka di lokasi lain di Lido, Penampang; Metro Town, Inanam dan Foh Sang, Luyang. - Bernama
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.