'Kerjasama 20 tahun amat sukar dipisahkan'
Iklan
Mohamad menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Anwar dan Pakatan Harapan. - Foto fail Bernama
SHAH ALAM - Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu berjanji akan terus memberikan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Harapan (PH).
Mohamad berkata, hubungan kerjasama yang sudah terjalin selama 20 tahun itu pastinya mempunyai kelebihan dan kelemahannya sendiri.
Iklan
Iklan
"Kita sentiasa mencari titik persamaan dan melupakan perbezaan silam dan ia membuahkan kejayaan.
ARTIKEL BERKAITAN: Anwar perjelas sebab tidak sokong undi belah bahagi
Iklan
Jangan rai 'kemenangan', Belanjawan 2021 masih boleh ditolak: Anwar
"Tetapi apabila kita sudah bergabung, amat sukar untuk berpisah disebabkan lamanya perhubungan sesama kita dan kesamaan titik perjuangan,” katanya menerusi hantaran dalam Facebook beliau hari ini.
Paparan skrin hantaran Mohamad di Facebook beliau hari ini.
Iklan
Dalam kenyataan sama, Mohamad juga tidak menafikan sikap itu jugalah yang menyebabkan beliau enggan meninggalkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan menghentam bekas Perdana Menteri itu sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
"Apabila ada suara menasihatkan saya untuk meninggalkan Tun Dr Mahathir dan menghentam beliau, saya katakan tidak.
"Kita telah bekerjasama dengan beliau, sama-sama sepentas melawan kerajaan kleptokrat yang sangat berkuasa, mengenali di antara satu sama lain, masakan saya hendak memaki hamun beliau,” katanya.
Menurutnya, walaupun beliau pernah melawan Barisan Nasional (BN) ketika dipimpin Dr Mahathir sehingga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebanyak dua kali, namun beliau tetap menerima pelawaannya di bawah parti Pakatan Harapan (PH) untuk melawan kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak pada Mei 2018.
"Apa yang lebih utama bagi kita adalah kesatuan dan persahabatan.
"Dalam masa yang sama kita sentiasa mencari jalan memperbanyakkan kawan dan mengurangkan lawan. Inilah sikap saya,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>