UMS kaji kit ujian Covid-19 buatan China
Iklan
Taufiq (empat dari kiri) bersama kakitangan UMS dan SCCC menunjukkan kit ujian Covid-19 yang akan dikaji tahap ketepatan dan keberkesanannya.
KOTA KINABALU - Universiti Malaysia Sabah (UMS) diberi kepercayaan untuk melaksanakan kajian terhadap ketepatan dan keberkesanan kit ujian koronavirus (Covid-19) yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat terkemuka berpangkalan di Wuhan, China.
Kajian itu adalah kerjasama UMS-Dewan Perniagaan Sabah–China (SCCC) bagi membantu menangani keadaan semasa pandemik Covid-19 di negeri ini.
Iklan
Iklan
Setiausaha Agung SCCC, Ir Tan Kok Jyh berkata, kerjasama itu juga sekali gus untuk menyuburkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat.
"Kita prihatin dengan keadaan yang melanda di Sabah. Sehubungan itu, kita dengan izin telah mendapatkan kit ujian Covid-19 daripada sebuah syarikat di China untuk dikaji.
Iklan
"Ia tidak sama dengan kit yang digunakan untuk membuat saringan Covid-19 ketika ini.
Kit ujian Covid-19 yang akan dikaji UMS
"UMS merupakan universiti yang pertama kita berikan kerana kita tahu universiti yang menjadi kebanggaan rakyat Sabah ini mempunyai kemampuan, kelengkapan dan kepakaran mencukupi untuk tujuan ini," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kit ujian Covid-19 dari SCCC kepada Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan (FPSK) UMS di sini semalam.
Menurut Kok Jyh, usaha yang dilakukan bersama UMS ini juga akan mengeratkan lagi hubungan antara SCCC dengan UMS.
"Pada masa hadapan mungkin kita juga boleh mengadakan kerjasama membantu dan meneruskan pelbagai bidang R&D bagi membawa kemajuan di Sabah,," katanya.
Sementara itu, Taufiq turut merakamkan ucapan terima kasih kepada SCCC atas keprihatinan dan kepercayaan terhadap UMS sebagai rakan kerjasama untuk penyelidikan kit ujian berkenaan.
"Ini merupakan satu kerjasama yang amat baik dalam menghadapi keadaan pandemik Covid-19 di Sabah yang cukup terkesan ketika ini. UMS sudah tentu berasa bangga dan terharu kerana dipilih untuk menjalankan kajian.
"Kita harap kerjasama ini akan berterusan dan akan membawa kepada kecemerlangan universiti sekali gus menyumbang kepada masyarakat.
"Semoga lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan dengan SCCC pada masa akan datang," katanya.
Perbuatan sekumpulan individu yang melakukan aktiviti seperti berzikir di kawasan tanah perkuburan pada tengah malam di Sandakan, yang tular di media sosial baru-baru ini, boleh diwartakan sebagai ajaran sesat sekiranya didapati menyalahi ajaran Islam, lapor wartawan Sinar Harian,
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah yang juga Exco Agama, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, siasatan berhubung tindakan kumpulan individu terbabit sedang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), dan mereka yang terlibat telah dipanggil untuk memberi keterangan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762544/edisi/sabah-sarawak/zikir-di-tanah-kubur-boleh-diwarta-sesat-jika-menyalahi-ajaran-islam---mohd-arifin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.