23 kes pembalakan haram dikesan di Kelantan
Iklan
Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan telah mengesan sebanyak 23 kes pencerobohan HSK terutamanya di Gua Musang, Kuala Krai dan Machang. Gambar hiasan 123RF
KOTA BHARU, - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan bermula pada Mac lalu ternyata tidak menghalang pembalak haram untuk menceroboh kawasan hutan simpan kekal (HSK) di Kelantan.
Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan, Abdul Khalim Abu Samah berkata, sepanjang tempoh itu, pihaknya telah mengesan sebanyak 23 kes pencerobohan HSK terutamanya di Gua Musang, Kuala Krai dan Machang.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, HSK di Ulu Sat, Machang seluas 14,710 hektar adalah kawasan yang kerap diceroboh pembalak haram kerana di situ dikatakan mempunyai lebih 1,000 spesies kayu bermutu tinggi seperti Balau, Balau Merah, Chengal dan Merbau yang boleh mencapai harga RM1,500 satu meter padu.
"Pencerobohan yang dilakukan bagi mendapatkan kayu bermutu tinggi, dilakukan sebilangan pembalak secara kecil-kecilan dan biasanya kumpulan ini didalangi penduduk tempatan dan warga asing yang mempunyai kemahiran membelah kayu.
Iklan
"Walaupun PKP didapati tidak menakutkan penceroboh tersebut, namun dengan tindakan pantas penguat kuasa sejak Mac, seramai 13 individu termasuk sembilan warga asing dari Thailand dan Myanmar berjaya ditahan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, Abdullah Khalim berkata, sepanjang PKP pihaknya masih meneruskan pemantauan dan penugasan selain masih terus menerima maklumat daripada orang ramai.
Iklan
Jelasnya, dalam tempoh tiga hari lalu, tiga kes telah pun dibawa ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman selain merampas pelbagai jenis kayu, mesin serta kenderaan daripada pembalak haram, bernilai lebih RM40,000. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>