Jenama semula Jasa tak mampu redakan keadaan: Najib
Iklan
Kenyataan yang dimuat naik di Facebook Najib hari ini.
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini 'menitipkan' nasihat kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) berhubung keputusan untuk menjenamakan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) kepada Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom).
Menurutnya, beliau tidak yakin langkah penjenamaan semula itu mampu meredakan kemarahan rakyat.
Iklan
Iklan
Ini kerana katanya, peruntukan RM85 juta dalam Belanjawan 2021 untuk Jasa itu sudah dijadikan isu besar.
"Saya tengok ramai komen atau posting pro-PN sekarang sedang dibalas dengan komen"Ha! Budak JASA RM85j tengah buat kerja.”
Iklan
"Jika hanya dijenamakan semula, saya rasa komen balasan cuma bertukar menjadi"Ha! Budak JKOM RM85j tengah buat kerja.”
"Jadi, segala propaganda yang menyebelahi kerajaan PN akan menjadi kurang berkesan," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Iklan
Hantaran yang dimuat naik kira-kira sejam lalu itu sebagai respons kepada kenyataan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berhubung kenyataan Kabinet telah setuju Jasa dijenama semula sebagai J-Kom.
Mengulas lanjut, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, suka atau tidak kerajaan perlu sedar risiko berkenaan.
"Kerajaan perlu sedar wujudnya risiko ini," katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: Jasa dijenamakan semula sebagai J-Kom
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Jerebu: Malaysia tunggu pengesahan Indonesia gerakkan aset bantuan - Fahmi"><meta itemprop="description" content="Malaysia masih menunggu pengesahan daripada pihak Indonesia untuk mengerakkan aset-aset yang boleh digunakan bagi membantu menangani kebakaran hutan di negara itu, yang mengakibatkan jerebu rentas sempadan.
Menteri Komunikasi yang juga jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata perkara itu dimaklumkan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Luar (Wisma Putra) kepada Jemaah Menteri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795540/berita/nasional/jerebu-malaysia-tunggu-pengesahan-indonesia-gerakkan-aset-bantuan---fahmi
 Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #jerebu #FahmiFadzil #tanganijerebu"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-09T11:42:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P93S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb5wspa"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb5wspa"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb5wspa"></script>