Kes tembak anggota PGA: Abang harap Norihan cepat sembuh
Iklan
BERA - Abang kepada anggota Pasukan Gerakan Am (PGA), Koperal Norihan,39, berharap adiknya itu cepat sembuh susulan cedera parah akibat ditembak dalam serangan di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis awal pagi semalam.
Shahriman A/L Tari, 41, dari Kampung Bukit Ibam berkata, dia yang merupakan abang sulung mengetahui nasib menimpa Norihan selepas menerima panggilan telefon daripada seorang lagi adiknya yang tinggal di Kuala Lumpur.