RIYADH - Menteri Luar Arab Saudi menafikan satu pertemuan berlangsung antara Putera Mahkota, Mohammed Salman (MBS) dan pemimpin Israel pada akhir minggu lalu.
"Saya telah melihat laporan media tentang perkara itu yang berlaku ketika lawatan terbaharu Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo atau @SecPompeo. Tiada pertemuan seperti didakwa dan ia hanya melibatkan pegawai Amerika dan Saudi,” kata Putera Faisal Farhan Al Saud menerusi Twitter semalam.