Sultan Johor nasihat rakyat berhati-hati hadapi cuaca tidak menentu
Iklan
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar. - Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah menasihati rakyat di seluruh daerah negeri ini supaya sentiasa berhati-hati berikutan keadaan cuaca tidak menentu ketika ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Johor, baginda bertitah beberapa kawasan dinaiki air berikutan hujan lebat pada masa sekarang hingga segelintir penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).
Iklan
Iklan
Baginda bertitah, kerajaan Johor, jabatan serta agensi kerajaan termasuk pasukan keselamatan juga perlu membuat persiapan sepenuhnya dalam menghadapi cuaca tidak menentu tersebut.
"Pada masa sama, pastikan mangsa-mangsa yang ditempatkan di PPS diberikan kemudahan secukupnya, di samping mengambil langkah berjaga-jaga bagi membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).
Iklan
Iklan
"Begitu juga, penduduk yang menetap berhampiran kawasan rendah perlu sentiasa berhati-hati serta sentiasa patuh pada nasihat pihak berkuasa,” titah Sultan Johor menerusi hantaran terbabit. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="SAR tiga mangsa dikhuatiri lemas diperluas hingga dua batu nautika"><meta itemprop="description" content="Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja yang masih hilang dipercayai lemas di Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar di Kota Tinggi, diperluaskan sehingga dua batu nautika pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Pemangku Pengarah Maritim Zon Tanjung Sedili, Komander Maritim Mohd Najib Sam berkata, perluasan sektor pencarian dilakukan susulan penemuan seorang mangsa pada jarak 500 meter dari lokasi kejadian pada Rabu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794650/edisi/johor/sar-tiga-mangsa-dikhuatiri-lemas-diperluas-hingga-dua-batu-nautika
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #keslemas #SAR #pencarianmangsalemas #TanjungLompat #Maritim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-03T05:18:42.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/d_gTU1gcGD7OpVmJ-/x1080"><meta itemprop="duration" content="P189S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb3hv8e"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb3hv8e"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb3hv8e"></script>