​Suami isteri hisap dadah ditahan
Iklan
Antara peralatan yang dipercayai digunakan suspek untuk menghisap dadah.
SEREMBAN - Seorang ibu nekad menghubungi Agensi Anti Dadah kebangsaan (AADK) supaya memberkas anak dan menantunya yang galak menjadikan rumah mereka sebagai port menagih dadah.
Pengarahnya, Nazira Sadiron berkata, pasangan suami isteri berusia 22 tahun itu ditahan di rumahnya di Senawang dalam satu operasi selama dua jam, kelmarin.
Iklan
Iklan
"Serbuan dilakukan sebaik kami menerima aduan daripada ibu pasangan itu susulan tidak tahan dengan perbuatan kedua-duanya yang menagih dadah di kediaman kepunyaan nenek mereka sejak setahun lalu.
"Adik lelaki pasangan tersebut yang berusia 19 tahun turut ditahan dalam operasi ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Iklan
Menurutnya, siasatan awal mendapati pasangan berkenaan dalam proses perceraian dan mempunyai seorang anak lelaki dua tahun.
Dalam operasi sama, Nazira berkata, pihaknya turut menahan dua lelaki berusia 20-an di Paroi dan Seremban.
Iklan
"Hasil saringan ujian air kencing juga mendapati kesemua individu ini termasuk pasangan suami isteri positif dadah.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 3(1)Akta Penagih Dadah 1983,” katanya.
Beliau berkata, penglibatan semua suspek dengan dadah dipercayai berpunca daripada tekanan perasaan.
"Kami dapati wanita begitu mudah menagih dadah sekiranya berdepan dengan masalah ataupun tekanan perasaan,” katanya.
"Kami akan sentiasa menjalankan operasi seumpama ini bagi membendung aktiviti penagihan dadah dalam kalangan masyarakat,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB"><meta itemprop="description" content="Portfolio enam Exco Negeri Sembilan ditetapkan dalam waktu terdekat - MB
Portfolio enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan yang baru dilantik akan ditetapkan dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim berkata, beliau memerlukan sedikit masa untuk meneliti kesesuaian portfolio setiap Exco, memandangkan jumlah Exco yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir ketika ini hanya enam orang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806365/edisi/melaka-ns/portfolio-enam-exco-negeri-sembilan-ditetapkan-dalam-waktu-terdekat---mb
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisN9 #MBN9 #IsmailLasim"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T07:21:47.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P177S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0f4ay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0f4ay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0f4ay"></script>