Pekan Durian Tunggal dinaiki air

Iklan
Sebuah kenderaan berat melalui jalan yang ditenggelami air di hadapan sebuah stesen minyak di Pekan Durian Tunggal,Alor Gajah awal pagi tadi.

ALOR GAJAH - Pekan Durian Tunggal dinaiki air selepas hujan lebat berterusan sejak jam 5 petang semalam menyebabkan air sungai berhampiran melimpah.

Kawasan yang menempatkan deretan rumah kedai lama, gerai makan dan sebuah stesen minyak dipercayai mulai dinaiki air sekitar jam 10 malam tadi.

Selain itu, Jalan Durian Tunggal/Simpang Gading juga terpaksa ditutup selepas ditenggelami air.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian mendapati jalan di lampu isyarat simpang tiga pekan berkenaan menghala ke Kampung Pulau masih ditutup dan diletakkan kon serta dipasang pita kuning bagi menggelakkan kenderaan melaluinya kecuali kenderaan berat walaupun air mula surut.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali berkata, hujan lebat turut menyebabkan 56 penduduk daripada 16 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal.

Iklan

Menurutnya, seramai 44 dewasa dan 24 kanak-kanak dari tiga buah kampung iaitu Kampung Bukit Tambun, Bukit Balai dan Kampung Pulau di sini dipindahkan selepas PPS dibuka pada jam 12.30 tengah malam.

Sementara itu katanya, di daerah Jasin, dua PPS dibuka iaitu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dang Anum, Merlimau membabitkan 68 mangsa daripada 19 keluarga manakala di SK Tedong, Serkam seramai 11 mangsa daripada tiga keluarga selain Jalan Lipat Kajang ditutup selepas ditenggelami air pada jam 7 malam dan surut jam 9 malam.

Iklan

"Hujan lebat berterusan sejak petang semalam hingga jam 9 malam menyebabkan air sungai melimpah di kawasan rendah.

"Difahamkan tujuh kawasan terjejas di daerah Jasin termasuk Kampung Kilang Berapi, Taman Mekar dan Taman Merlimau Megah, kawasan depan SMK Dato' Abdul Rahman Ya'kub (SDARY), Pekan Tedong, Paya Lengkong dan Seri Mendapat," katanya.