Amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara sehingga 11 malam
Iklan
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di seluruh negara dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 11 malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan malam ini memaklumkan negeri yang dijangka terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.