ESSCom sahkan rompakan laut di Pulau Burung, libatkan kelompok dalaman
Iklan
KUNAK - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengesahkan kejadian rompakan di sebuah bagang bergerak (tempat menangkap ikan) berhampiran Pulau Burung di sini semalam membabitkan tiga mangsa termasuk pengusaha bagang tersebut.
Komander ESSCom, Datuk Ahmad Fuad Othman berkata, dalam kejadian 3 pagi itu, sebuah bot dinaiki tiga suspek lelaki bertopeng dan berpakaian gelap dengan loghat asing menghampiri bagang berkenaan dengan tujuan merompak.